Semalam saya ada tonton majlis pelancaran bulan kebangsaan 2024 di Youtube.
Dalam ucapan PMX Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa kemerdekaan negara kita ini telah di bayar dengan darah, air mata dan keringat.
Bahasa mudahnya, kemerdekaan kita telah tercapai melalui perit deritanya pengorbanan datuk moyang kita.
Mereka yang menjajah tanah air kita sebelum ini telah mengambil kekayaan negara kita untuk memperkayakan negara mereka sendiri.
Malang sekali, PMX gagal untuk mengenalpasti cara penjajahan baru di era moden hari ini.
Penjajah tidak perlu lagi mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan sesebuah negara itu secara langsung, tetapi hanya dengan pembelian dan pemilikan harta strategik negara itupun sudah memadai.
“Habis madu, sepah di buang”.
Setiap pelaburan asing (FDI) yang masuk tidak semestinya adalah baik untuk masa depan negara.
Lebih-lebih lagi bila pelaburan itu melibatkan harta strategik negara seperti MAHB yang menguruskan lebih 30+ lapangan terbang di seluruh negara.
Lapangan terbang ini selain daripada memainkan peranan penting dalam urusan keselamatan dan pintu keluar masuk negara, ia juga merupakan pangkalan radar untuk memantau pergerakan pesawat di ruang udara kita.
Maklumat-maklumat sensitif ini adalah penting untuk kita lindungi daripada kuasa asing seperti GIP/BlackRock.
Adakah kerajaan Pakatan Harapan akan tetap berdegil dengan penjualan saham MAHB ini kepada GIP/BlackRock?
Mungkin komisen yang bakal diperoleh mereka yang terlibat dengan urusniaga entiti Zionis ini adalah terlalu lumayan untuk mereka batalkan.
Jauhari Johar
22 Julai 2024


Leave a comment