HARTA NEGARA SEDANG DIPINDAHKAN KE SEKTOR SWASTA

Sejak Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kembali mengambil alih pentadbiran negara, antara tindakan terawal mereka adalah “memecahkan monopoli” syarikat berkaitan kerajaan iaitu BERNAS, yang bertanggungjawab mengawal selia pengedaran beras-beras import ke dalam negara ini.

Alasan yang diberikan mereka atas emecahan ini adalah supaya syarikat-syarikat swasta dapat turut serta dan bersaing dalam pengedaran beras.

Namun begitu, kita dapati tidak lama selepas tindakan pemecahan monopoli BERNAS, beras tempatan telah beransur hilang daripada pasaran dalam negara. Ada beberapa individu termasuk seorang pengilang beras bumiputera yang bersuara menyatakan bahawa beras-beras tempatan ini telah di paketkan semula ke sebagai beras import dan dijualkan untuk keuntungan yang lebih tinggi.

Lanjutan itu, Kementerian Pertanian yang dipimpin oleh salah satu komponen parti dalam gabungan PH, presiden parti Amanah, Mat Sabu masih lagi menjalankan kajian terhadap krisis ini walaupun sudah masuk tahun ketiga kehilangan beras tempatan ini berlaku.

Baru-baru ini setiausaha agong DAP, Anthony Loke pula menyatakan bahawa monopoli PUSPAKOM untuk melaksanakan pemeriksaan kenderaan akan dipecahkan dan diberikan kepada 3 syarikat swasta.

Kegelojohan ini mencerminkan hipokrasi Pakatan Harapan yang hanya bertindak untuk “memecahkan monopoli” Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di mana hasil pendapatannya adalah digunakan untuk naik taraf infrastruktur awam, pemberian subsidi, bantuan tunai dan lain-lain lagi yang memberi manfaat kepada seluruh warga negara tanpa mengira kaum dan agama.

Sektor swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata ini pula dikuasai dan lebih memihak kepada satu kaum, iaitu kaum CIna.

Ini terbukti dengan syarat-syarat “mandarin speakers only” yang tidak munasabah dalam iklan jawatan kosong pekerjaan swasta serta kasta gaji dan peluang kenaikan pangkat yang berbeza untuk kaum Cina berbanding Melayu dan India.

Saya khuatir jurang pendapatan yang terus melebar antara kaum ini akan membawa kepada ketidakstabilan dan kerosakan yang berpanjangan terhadap negara.

JAUHARI JOHAR
12 FEBUARI 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)