Hari ini berita melaporkan kes langgar dengan bertujuan membunuh di hadapan satu kelab malam di Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan ini di percayai bermula daripada ketidakpuasan hati di antara dua pihak di dalam kelab malam tersebut.
Saya berpendapat insiden ini patut dijadikan sebagai contoh mengapa kawalan dan akta-akta yang berkaitan jualan atau sebarang aktiviti yang melibatkan arak perlu diperketatkan lagi.
Kajian mendapati arak mendatangkan banyak efek buruk terhadap seseorang individu, termasuk:
- Memperlahankan fungsi otak yang berkait dengan reaksi, membuat keputusan dan kemampuan untuk fokus terutamanya di atas jalanraya.
- Perubahan mood yang ketara yang boleh menyebabkan seseorang individu itu radang dan mudah marah secara tiba-tiba.
Sebagai langkah permulaan, kerajaan perlu segera memperkenalkan undang-undang baru untuk mengehadkan waktu serta lokasi penjualan arak.
Kita tidak mahu insiden melibatkan arak ini makin berleluasa hingga menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Namun begitu kerajaan Pakatan Harapan ini tidak akan berbuat apa-apa, tidak selagi parti terbesar gabungan mereka itu berkeras untuk melindungi kepentingan mahakaya-mahakaya kilang arak yang membiayai sekolah-sekolah vernakular mereka.
Pilihanraya yang akan datang pastikan kita undi untuk perubahan, kita undi Perikatan Nasional.
JAUHARI JOHAR
30 Januari 2025


Leave a comment