Alhamdulillah awal bulan ini telah diadakan satu Persidangan Meja Bulat Orang Melayu.
Di inspirasikan oleh satu pertubuhan orang Cina iaitu Dong Zhong yang memelihara kepentingan kaum mereka, Persidangan Meja Bulat Orang Melayu ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan orang Melayu yang merentasi warna parti politik masing-masing.
Saya berpendapat inisiatif ini dalam masa jangka panjang akan dapat melegakan persengketaan antara kaum di Malaysia tercinta ini.
Pendekatan sebelum ini dimana kepentingan serta aset-aset strategik orang Melayu seperti institusi pendidikan dan dana-dana perniagaan di bawah penyeliaan kerajaan menimbulkan rasa kurang senang apabila menteri yang memimpin sesuatu kemeterian itu bukan daripada orang Melayu.
Saya berharap selepas berjaya kembali ke tampuk pemerintahan, kepentingan-kepentingan strategik orang Melayu ini dapat dipindahkan di bawah satu entiti di bawah pemantauan Persidangan Meja Bulat ini yang merentasi warna politik orang Melayu.
JAUHARI JOHAR
26 Disember 2024


Leave a comment