Media kebelakangan ini rancak melaporkan pertembungan politik antara 2 kem terbesar di dalam PKR, iaitu Nurul Izzah yang mewakili team Anwar dan team Rafizi.
Hikmah disebalik pertembungan ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia mengenalpasti akaun-akaun PKR yang sering memainkan retorik yang membawa kepada perpecahan bangsa Melayu, menggalakkan salahlaku yang jelas oleh sebahagian daripada komuniti Cina dan India, selain memfitnah secara berleluasa di platform seperti twitter/X.
Semoga rakyat Malaysia secara keseluruhannya membuka mata dan menilai semula sokongan mereka kepada parti yang terkenal dengan kekecohan jalanan dan kurang mengenal erti adab dalam percanggahan pendapat seperti PKR ini yang juga kelihatan seperti kecelaruan hala tuju setelah mendapat kuasa.
JAUHARI JOHAR
12 Mei 2025


Leave a comment