Isu berkaitan Akta URA sudah lama berlegar di ruangan media sosial.
Pihak pembangkang juga gigih berusaha untuk menyuarakan ketidakadilan dalam isu ini, namun ramai di antara kita rakyat biasa masih lagi tidak dapat memahami isu ini.
Apakah itu Akta URA?
Mengapa pembangkang menentang pembaharuan semula flat-flat kos rendah yang begitu usang di kawasan bandar?
Akta URA adalah satu undang-undang baharu yang memberi kuasa kepada syarikat swasta untuk mengambil alih dan merobohkan bangunan-bangunan kos rendah sekitar bandar di seluruh Malaysia yang dianggap usang dan daif.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari DAP, Nga Kor Ming secara terbuka menyatakan akta ini meletakkan Singapura sebagai rujukan, walaupun pelaksanaan akta ini sudah terbukti menyisihkan kaum bumiputera Melayu Singapura di sana serta memanipulasi demografi pengundi supaya tidak lagi mampu membentuk majoriti.
Berbalik kepada Malaysia, kerajaan PH memberi jaminan bahawa orang miskin (yang ramai tergolong daripada Melayu dan India) akan ditempatkan semula di kawasan-kawasan ini, namun jaminan ini hanyalah berbentuk lisan dan tidak dimaterai secara spesifik di dalam akta URA ini disamping memandang ringan peningkatan kos termasuk bayaran penyelenggaraan strata lebih tinggi yang bakal menekan golongan miskin ini di kemudian hari.
Akhir kata, akta ini belum cukup diperhalusi lagi serta tidak menjawab kebimbangan yang dibangkitkan mengenai manipulsi demografi pengundi dan implikasi peningkatan kos yang akhirnya akan mengusir juga golongan miskin ini dalam jangka masa panjang.
JAUHARI JOHAR
5 Jun 2025


Leave a comment