MELAYU YANG MEMIMPIN UMNO HARI INI

Tun Mahathir sering diminta untuk menerangkan menurut pemerhatian beliau, mengapa bangsa melayu hari ini masih terkebelakang berbanding bangsa-bangsa lain, terutamanya dalam penguasaan ekonomi negara

Tun mahathir menyatakan bahawa dasar ekonomi baru telah banyak membuka peluang untuk bangsa melayu memajukan diri mereka

dasar ekonomi baru telah berjaya menaiktaraf sebilangan besar bangsa Melayu dari kepompong kemiskinan yang berpunca daripada pencaturan penjajah britsh

Namun begitu, Terdapat segelintir bangsa Melayu yang walaupun telah diberikan peluang melalui pelbagai kontrak, mengsia siakan peluang tersebut dan mengambil jalan mudah dengan menjual kontrak kontrak tersebut kepada bangsa lain

Golongan inilah yang Tun Mahathir maksudkan sebagai golongan melayu yang malas dan suka mengambil jalan mudah untuk memperkayakan diri mereka

Golongan Melayu tersebut kini berada di tampuk kepimpinan bahagian2 dan cawangan2 umno, masih lagi menagihkan kontrak kerajaan untuk mereka terus menerus meraih kekayaan peribadi walaupun sudah lanjut usia

Zaman mereka ternyata berbeza dengan zaman generasi melayu baru hari ini, kebanyakkan daripada kita terpaksa mengambil dua jenis kerja semata-mata untuk hidup dari hari kehari

Kebanyakan daripada kita mempunyai kerja hakiki di siang hari dan kemudian menjadi rider grab atau foodpanda pula di malam hari

Generasi kita perlu pastikan golongan lanjut usia yang masih mabuk harta dan kuasa demi kepentingan peribadi merekai, yang masih berdegil mahu memeluk tampuk kepimpinan di dalam umno ini supaya dijatuhkan daripada kedudukan mereka

Perkara ini hanya boleh dicapai dengan cara kita mengalahkan mereka di dalam pilihanraya dan kemudiannya mendesak mereka untuk melepaskan jawatan, untuk kita naikkan generasi Melayu Baru ke tampuk kepimpinan UMNO, kepimpinan yang lebih berdaya saing dan lebih memahami lanskap dunia semasa.

JAUHARI JOHAR
9 Julai 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)