Saya amat bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir supaya kerajaan Malaysia menarik balik jemputan kepada presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ugutan Amerika Syarikat terhadap industri semi konduktor Malaysia walaupun SELEPAS kerajaan Madani bersetuju membelanjakan ratusan bilion untuk membeli pesawat BOEING mereka sepatutnya menjadi petunjuk bentuk “kerjasama” yang dimaksudkan Amerika Syarikat.
Ini adalah disamping peranan Amerika Syarikat yang sentiasa melindungi dan menghalang sebarang usaha dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang didalangi kelompok syaitan bertopengkan manusia di Timur Tengah itu.
Kerajaan Madani perlu menyantuni dan mewakili suara rakyat Malaysia terbanyak yang jelas mengecam sekeras-kerasnya kezaliman ini dan bukannya menjuarai kelompok mahakaya dan kepentingan mereka sahaja.
Politik dan ekonomi dunia semakin menuju ke arah kutub-kutub pelbagai yang berkelompok dan tidak lagi berpaksikan pada ketuanan Amerika Syarikat.
Malaysia perlu tegas berpendirian untuk hanya berkerjasama dengan kutub-kutub yang tidak bersifat permusuhan, apatah lagi untuk yang memihak kepada kezaliman.
JAUHARI JOHAR
27 September 2025


Leave a comment