Sejak saya mula libatkan diri dalam aktivisme politik, saya telah memilih untuk memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional atas ketidaksetujuan saya dengan perjuangan kesamarataan bangsa dan agama oleh Pakatan Harapan dan juga sebagai protes terhadap keputusan UMNO yang mengangkat mereka menjadi kerajaan.
Saya menganggap Perikatan Nasional adalah platfom politik yang penting bagi menyuarakan tentangan terhadap sebarang polisi atau undang-undang yang boleh menggugat kehormatan agama Islam sebagai agama persekutuan dan juga kedudukan bangsa Melayu selaku duta untuk agama Islam di Malaysia.
Kenyataan media oleh Wan Saiful ini mengesahkan tanggapan saya bahawa terdapat sabotaj dalaman di dalam Perikatan Nasional, terutamanya dalam BERSATU yang menyebabkan prestasi gabungan ini merudum dengan teruk selepas pemilihan kepimpinan BERSATU pada tahun lepas.
Saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap Azmin Ali dengan segera bagi menyelamatkan gabungan ini.
Jika perkara ini gagal diselesaikan dengan efisyen, saya akan pertimbangkan semula secara mendalam berkenaan sokongan saya terhadap parti ini.
JAUHARI JOHAR
29 September 2025


Leave a comment