MUHYIDDIN YASSIN PERLU LETAK JAWATAN

Saya mula melibatkan diri dalam politik sejenak selepas keputusan Pilihanraya Umum yang ke-15.

Keputusan UMNO yang memilih untuk bersama DAP membentuk kerajaan campuran PH-BN, pada ketika propaganda kesamarataan untuk semua agama dan bangsa mereka memuncak, adalah penggerak untuk saya mula berjuang sebagai seorang aktivis politik.

Ini membimbangkan saya kerana orang Melayu pada ketika itu masih setia bersama UMNO kerana jasa kepimpinan terdahulu membangunkan negara dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar orang Melayu dari kepompong kemiskinan kesan daripada pencaturan British.

Saya menjangkakan UMNO dalam PH-BN pada ketika itu akan mula tunduk dan mempertahankan DAP.

Ternyata jangkaan saya itu tepat.

UMNO bukan sahaja tunduk malah telah cuba untuk meyakinkan orang Melayu yang sekian lama setia menyokong mereka untuk membuka hati dan menerima perjuangan DAP, iaitu kesamarataan tanpa mengira agama atau bangsa, ini saya tidak boleh terima.

Di sebalik perjuangan kesamarataan mereka ini atau sering mereka laungkan sebagai “Malaysian Malaysia” sebenarnya adalah Ketuanan Cina di mana mereka pada akhirnya bukan sahaja lagi mengawal ekonomi tetapi juga politik dalam negara.

Parti-parti politik Melayu yang telah berpecah malah kabur dan hanyut mengejar kedudukan dan kemewahan atas tujuan yang salah, akan terpaksa menggadaikan maruah negara kepada pemerintahan sekular yang menghakis moral rakyat secara keseluruhan.

Malang sekali hari ini saya lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang semakin terjerumus kearah itu.

Tidakkah Tan Sri dapat merasakan bahawa sebilangan besar daripada orang Melayu tidak mahu diri kami dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai masalah moral dan terlibat dalam aktiviti songsang secara sukarela yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam?

Mengapa kes video intim Setiausaha Agong Bersatu tidak dibicarakan di mahkamah untuk mendapatkan kepastian dan hanya berhenti setakat Peguam Negara yang merupakan satu jabatan di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri?

Sejujurnya, saya berpendapat Tan Sri Muhyiddin perlu meletakkan jawatan kerana telah gagal menguruskan hal dalaman parti dengan tertib malah kelihatan membela seorang individu yang bermasalah.

Undurlah Tan Sri.

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

JAUHARI JOHAR
4 November 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)