PERIKATAN NASIONAL BERSIH DAN STABIL

Kita bakal memasuki tahun baru 2026 dengan wajah kepimpinan yang baru untuk Perikatan Nasional.

Saya harap Tun Faisal dan kepimpinan Bersatu secara keseluruhan dapat berikan ruang dan sokongan kepada pimpinan PAS untuk menyusun dan membincangkan calon-calon yang dirasakan sesuai dari kalangan mereka untuk diangkat sebagai Pengerusi PN yang baru.

Ini merupakan kali pertama pimpinan PAS ditolak ke barisan hadapan untuk memimpin suatu gabungan yang besar.

Kita perlu hentikan tekanan terhadap parti masing-masing dan berikan kerjasama sebagai satu keluarga dalam gabungan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Bagi pihak PAS pula, saya berpendapat tidaklah perlu untuk kepimpinan menolak dari berada dalam kalangan exco kerajaan negeri Perlis jika dirasakan layak dan perlu oleh Menteri Besar Perlis yang baru.

Semangat kebersamaan adalah penting jika kita benar-benar ikhlas mahu mengangkat semula kedudukan bangsa dan agama teras negara ini kepada penghormatan yang selayaknya untuk memulihkan keharmonian dan kestabilan Malaysia.

Ini adalah peluang PAS untuk menampilkan ketokohan kepimpinan mereka untuk memimpin negara kepelbagaian kaum dan agama sementara Bersatu ada ruang sepenuhnya untuk menguruskan perihal kepimpinan dalaman dengan tertib tanpa memberi impak terlalu besar kepada gabungan Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

Jauhari Johar
31 Disember 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)