Landskap politik hari ini tidak menjamin mana-mana gabungan atau parti akan dapat membentuk kerajaan dengan sendiri.
Ini bermakna kerajaan hanya akan terbentuk melalui rundingan dan kerjasama antara parti selepas pertarungan selesai pada PRU16 nanti.
Namun begitu, sabotaj dalaman dan persengketaan sesama sendiri akan menggagalkan sebarang momentum kemaraan untuk memenangi PRU16.
Pentas politik hari ini adalah pertembungan ideologi.
Tiga parti Melayu yang terbesar hari ini bersaing untuk sokongan daripada kolam pengundi yang sama.
Parti bukan Melayu yang dominan hanya tinggal satu.
Tetapi, di kalangan parti Melayu terbesar ini pula ada yang terkenal dengan kerelaan mereka untuk menunaikan tuntutan kalangan ekstremis daripada golongan bukan Melayu Islam.
Adakah patut golongan seperti mereka ini diberikan ruang untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu tanpa sebarang cabaran?
Oleh kerana itu, saya berpendirian adalah lebih baik untuk PAS bergerak solo dan bertanding di kerusi-kerusi Bersatu dan UMNO, di samping memperkasakan sayap DHPP untuk mewakili golongan bukan Melayu yang tidak ekstrim berdepan dengan DAP.
Semoga Allah SWT memberikan kemenangan kepada kita.
JAUHARI JOHAR
18 JANUARI 2026


Leave a comment