BERSATU PECAT WAN SAIFUL, GANTUNG WAN FAYHSAL

Wah seriuslah ambil tindakan sebegini pada dua tokoh muda yang paling menonjol dalam BERSATU?

Saya tak yakin ketua pemuda BERSATU yang baru, Hilman Idham, yang juga mengaku bahawa dia adalah budak Azmin, ada daya tarikan ataupun kemampuan untuk dapatkan sokongan pengundi muda berbanding ketua pemuda UMNO, Akmal Salleh.

Untuk sokongan pengundi veteran pula, BERSATU tidak akan pernah mampu bersaing dengan UMNO kerana perjuangan parti yang tidak begitu jelas dan lantang untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu.

PAS perlu pertimbangkan semula kebarangkalian untuk berkerjasama dengan UMNO di dalam satu gabungan tanpa BERSATU yang semakin beransur menjadi PKR 2.0

Saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan BERSATU namun tetap akan memberikan sokongan yang padu kepada PAS dalam apa jua keputusan politik mereka kehadapan.

JAUHARI JOHAR
14 Oktober 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)