MALAYSIA KINI ALAT PERANG AMERIKA SYARIKAT

Sidang media Tun Mahathir yang diakan awal hari ini bersama bekas-bekas anggota peringkat tertinggi Angkatan Tentera Di-Raja Malaysia telah membangkitkan kekhuatiran mereka terhadap perjanjian ketenteraan Amerika-Malaysia.

Perjanjian ini secara tidak langsung telah mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara yang neutral selama ini kepada menjadi sebahagian daripada rakan strategik ketenteraan yang memihak kepada Amerika Syarikat.

Perjanjian ketenteraan ini apabila dipadankan dengan perjanjian ART, jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini berada di bawah kekuasaab Amerika Syarikat.

Ini bermaksud sebarang keputusan yang dianggap oleh Amerika mereka sebagai menjejaskan kepentingan mereka, wajib untuk dirujuk dan mendapatkan persetujuan mereka dahulu.

Dari sudut keagamaan atau teologi, Allah telah melarang kita Muslim dari memihak dengan Pakatan Yahudi-Kristian (atau bahasa inggerisnya Judeo-Christian Alliance) yang jelas merupakan polisi nasional Amerika Syarikat.

Surah Al-Maidah 5:51 dan 5:52 menyatakan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (Al-Maidah 5:51)

Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: “Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (Al-Maidah 5:52)

Insya-Allah Tun Mahathir bersama persatuan veteran tentera kita akan mengusulkan bantahan mereka kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincang di antara mereka.

Saya ingin gesa kita sebagai rakyat Malaysia untuk berikan sokongan padu terhadap usaha mereka dan bantu untuk sebarkan lagi kesedaran ini kepada orang ramai.

JAUHARI JOHAR
5 Disember 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)