PEMILIHAN MAJLIS KEPIMPINAN TERTINGGI DAP 2025

DAP telah pun selesai menjalankan pemilihan kepimpinan tertinggi parti mereka pada 16 Mac yang lalu.

Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan antara 2 figura besar dalam DAP iaitu Lim Guan Eng dan Anthony Loke mewakili kem masing-masing.

Kem Lim Guan Eng mewakili cara lama DAP iaitu mereka yang bersifat agresif dalam mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam dalam struktur pentadbiran negara.

Antara figura yang tergolong dalam kem Guan Eng ini adalah seperti Teresa Kok, RSN Rayer dan Ngeh Khoo Ham.

Kem Anthony Loke pula mewakili mereka yang membawa pendekatan yang lebih halus dan mesra dengan orang Melayu untuk mencapai matlamat parti mereka iaitu “Malaysian Malaysia”, di mana tiada lagi mana-mana kaum atau agama yang akan diberikan keutamaan dalam negara dan setiap kaum dan agama adalah mempunyai hak yang sama rata.

Kem Anthony Loke yang terdiri daripada sosok seperti Hannah Yeoh, Steven Sim dan Nga Kor Ming sudah pasti akan menafikan perkara ini, namun sejarah merekodkan Anthony Loke pernah di seru untuk mengubah perlembagaan DAP mengenai tuntutan untuk negara sekular dan “Malaysian Malaysia” pada September 2023 yang lalu tetapi beliau telah mengenepikan seruan tersebut.

Berbalik pada topik kita hari ini, kem Anthony Loke telah mendominasi pemilihan kepimpinan tertinggi DAP untuk penggal ini.

Ramai di kalangan figura dari kem Guan Eng gagal menerima undi yang mencukupi untuk tergolong dalam kalangan 30 orang majlis kempinpinan tertinggi mereka.

Saya berpendapat keputusan ini berlaku kerana sebilangan besar daripada penyokong mereka, iaitu majoritinya daripada komuniti Cina, sudah mula gelisah dengan kaedah tradisi DAP yang agresif untuk mengekalkan keharmonian antara kaum yang telah mereka nikmati selama ini.

Berdasarkan perkembangan ini, kita boleh jangkakan bahawa bakal ada satu perubahan yang besar dalam pendekatan dan kaedah DAP dalam usaha untuk mencapai matlamat parti mereka itu.

JAUHARI JOHAR
22 Mac 2025


Biografi Ringkas

Jauhari Johar ialah seorang aktivis politik, penulis dan penerbit muzik dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian melalui karyanya yang menggabungkan elemen Melayu dengan sentuhan muzik moden. Kini, fokusnya tertumpu pada usaha memperkukuh budaya Melayu dan memartabatkan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam.

Leave a comment

Comments (

0

)